MELAKA: Pencapaian pemain badminton beregu lelaki negara, Aaron Chia menyumbangkan pingat gangsa buat Malaysia pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 terus dihargai apabila menerima insentif kemenangan berjumlah RM50,000 dari kerajaan negeri Melaka.
Exco NGO, Pembangunan Belia dan Sukan negeri Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, pemberian imbuhan itu diharap dapat menaikkan semangat semua atlet kelahiran Melaka untuk meraih kecemerlangan di peringkat sukan antarabangsa.
"Ini satu kejayaan dan kebangaan bagi kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negeri. Di samping RM50,000, kerajaan negeri juga memutuskan memberi RM3,000 lagi sebagai ganjaran pencapaian Aaron menyertai Sukan Olimpik.
"Kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Aaron serta atlet lain yang mewakili Malaysia dalam sukan badminton di Olimpik Tokyo," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif kepada atlet-atlet berkenaan yang disempurnakan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Aaron yang bergandingan dengan Soh Wooi Yik meraih pingat gangsa selepas menumpaskan beregu berpengalaman Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 dalam perlawanan penentuan pingat gangsa pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.
Sementara itu, Aaron mengucapkan terima kasih atas penghargaan yang diberikan oleh kerajaan negeri atas kejayaannya beraksi di pentas Olimpik itu.
"Saya juga berbangga sebagai anak Melaka boleh sertai Olimpik dan dapat pingat gangsa untuk Malaysia," katanya.
Selain Aaron, dua lagi pemain badminton negara berasal dari Melaka iaitu pemain beregu campuran Goh Liu Ying dan pemain beregu wanita Lee Meng Yean, masing-masing menerima sagu hati RM3,000 kerana menyertai temasya sukan berprestij itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021
Tun Mohd Ali Rustam (tengah) menyempurnakan Penyampaian Hadiah Insentif Kemenangan Pemenang Pingat di Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 kepada Aaron Chia (kiri) di Kompleks Seri Negeri, hari ini. - Bernama
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat esok
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenankan golongan belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid semua daerah di Perak esok.
Enam keldai akaun ditahan sebabkan kerugian sehingga RM106,030
Polis menahan enam individu yang dipercayai menjadi "keldai akaun" kepada beberapa sindiket penipuan.
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England.
SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia.
Aaron-Wooi Yik persiap senjata rahsia untuk BATC 2024
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, mempunyai 'senjata rahsia' apabila enggan mendedahkan rejim latihan baharu, dalam menghadapi Kejohanan Berpasukan Badminton Asia (BATC) 2024.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal Malaysia di separuh akhir
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjadi wakil tunggal negara mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Terbuka India di New Dehli, hari ini.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik, Zii Jia tempah slot ke suku akhir
Tiga wakil Malaysia, beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, berjaya menempah slot ke suku akhir di kejohanan badminton Terbuka India 2024.
Badminton Terbuka Malaysia: Aaron-Wooi Yik dapat rating 7/10
Jurulatih beregu lelaki negara Tan Bin Shen, memberi skala markah 7/10 kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, berhubung persembahan pada Terbuka Malaysia.
Terbuka Malaysia: Harapan Aaron-Wooi Yik teruskan cabaran negara punah
Kemarau kejuaraan dalam kejohanan terbuka di laman sendiri masih lagi tiada noktahnya.
Badminton: Aaron-Wooi Yik buru final Terbuka Malaysia
Beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik tekad untuk mara ke final kejohanan badminton Terbuka Malaysia 2024 bermula 9-14 Jan ini.
Aaron-Wooi Yik fokus aksi konsisten hadapi Paris 2024
Antara kelemahan yang perlu ditangani terutama sebelum Sukan Olimpik Paris 2024 adalah aspek mental di gelanggang.
Wooi Yik cedera, beregu lelaki tarik diri Badminton Terbuka Perancis
Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri sebelum memasuki gelanggang pada pusingan pertama Terbuka Perancis 2023 sebentar tadi.